
cover filem "every children is special"
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia! (chewwaaahh)...aku menghantar entry kali ini adalah untuk berkongsi kepada para bloggers semua tentang satu filem yang agak menarik dan kira menyayat hati. Filem ini sebenarnya filem hindustan, tetapi bukan filem hindustan yang hero dan heroinnya menari-nari sambil berguling-guling di kaki bukit sambil menyanyi ya...kali ini genre filem ini agak lebih serius tetapi sangat menyentuh perasaan.
"Taare Zameen Par" atau dalam bahasa Melayu "Semua bintang di Dunia" membawa kisah seorang kanak-kanak berumur kira-kira 8 tahun yang mengalami masalah dalam pelajaran. Namanya Ishaaan dan dia sering mendapat markah tercorot dalam pelajaran. Padahal abang Ishaan iaitu Yohan seorang yang Cerdik dan pintar. Sering sahaja Ishaan dimarahi dalam kelas dan keputusan peperiksaannya juga selalu mendapat markah kosong. Bukannya Ishaan seorang yang lembab ataupun bodoh tetapi dia sebenarnya memang mengalami masalah dalam pembelajaran sehinggakan ibubapanya tidak sedar akan itu. Walaupun lemah dalam pelajaran, Ishaan gemar melukis dan karya-karya lukisannya amat memikat hati seolah-olah hasil karya seorang pelukis agung. Sampai satu masa, masalah pelajaran yang dihadapi Ishaan bertukar serius, ibu dan bapanya memarahinya dan hendak menghantarnya ke sekolah asrama penuh. Tiada siapa sebenarnya yang mengerti dan memahami masalah dan perasaan Ishaan ketika itu. Guru-gurunya juga seperti tidak endah akan dirinya dan meganggap memang Ishaan seorang yang lembab dan budak yang bermasalah. Apa sebenarya yang terjadi kepada Ishaan? Bagaimanakah akhirnya nasib budak bermasalah seperti Ishaan semuanya terjawab dalam cerita menyayat hati ini. So....korang yang baca entry nih apa lagi pergilah tengok movie nih yek.......100 bintang kerana filem yang amat menyentuh perasaan..
Semua rakan kelasku dah tonton filem ini dan rata-rata yang perempuan menangis berabis sebab cerita nih memang sedih! Ada satu rakan kelas lelaki aku juga turut menangis sebab filem ini benar-benar menyayat hati! Aku pun nak nangis juga tetapi aku mencuba mengawal kehenseman dan kelelakian aku...(ya lah tuh!) Tetapi memang aku salut kepada pengarah dan penulis skrip dan jalan cerita filem ini sebab benar-benar memberi kesedaran yang mendalam kepada ibubapa khasnya serta para guru-guru dan bakal bakal guru seperti kami ini. Aku harap sesiapa yang telah melihat filem ini akan menghayati sepenuhya isi tersirat yang terkandung dan cuba refleksi diri. Apa yang aku ingin katakan, guru bukan sahaja setakat mengajar, tetapi turut bersama menyelami lautan perasaan seorang pelajarnya...........
kanak-kanak dilahirkan mempunyai keistimewaan tersendiri.............
selamat menonton!
Wassalamm....: P